Biasanya mereka dah memang tergolong dalam golongan yang educated atau golongan bijak pndai...tetapi....adakah bijak pandai mereka itu berkekalan ?? . Golongan graduet dapat dilihat melalui gaya hidup , cara komunikasi , personaliti dan pemikiran. Orang yang berpelajaran ni.. memang semua perkara dia akan pelajari namun tak semua yang dipelajari itu ...diamalkan . Mereka sekadar ingin tahu tetapi tak mudah mengalami atas sesuatu benda juga perkara yang baru bagi mereka . Asal tahu saja... tak memadai..
Gaya Hidup :
Orang yang berpelajaran selalunya suka rumah yang cantik , kereta yang terbaikk!!! dan hidup mudah...namun bila dah ada semua itu .. dari sudut penjagaannya hancur...ada rumah susah nak urus dari sudut kebersihan dan kekemasan . Ada kereta tahu pakai jer..bila ada masalah mudah diserahkan pada mekanik . pastu tinggal...bukn nak amik tau ..Kerap membuat perancangan luar jangkaan ..contoh pasal duit...slalu rancang beli barang ...tak buat senarai .. maen beli...janji ada...last-last belanja luar bajet...Cara berkomunikasi :
Orang berpelajaran selalunya kita lihat mudah speaking ..speaking london la gitu..pastue pndai guna bahasa . penuh dengan yakinnya walaupun bkan fakta ...contonhnya Dr SMS... cakap penuh bakunya....skema giler la..tapi xperr dier baik kn orangnyerr....Setiap kata-kata diorang ada benar ada tidak..ermmm ntahlah...
Personaliti :
Orang macam nie..slalu mempunyai personaliti yang menarik ...dari sudut pakaian dan watak dirinya ..adakalanya susah nak paham .Golongan BUKAN lepasan Universiti ( Mudah Cemburu )
Mereka bukan sepandai mana...sbijak mana .. tetapi mereka lebih berkemahiran dalam hidup ( kemahiran hidupla..) mereka lebih berani dan banyak benda yang diorang buat..luar dari lumrah manusia pon ada..adakala terlalu ekstream hidup orang golongan ini .
apepon mereka mempunyai pelbagai jenis pengalaman hidup . Malah mereka lebih mahir dari golongan yang di atas . malangnya orang yang begini lebih kepada emosi.. sentiasa menggunka emosi dalam pelbagai situasi atau keja. Antaranya mudah panas baran, cemburu , buruk sangka..dan banyak lagi...memang mereka ini bagus dalam mengurus kehidupan banding orang DI ATAS... cara mereka makan memang simple dan penuh keselesaan... cara mereka menangani dalam sesuatu masalah memang berbeza dari DI ATAS..
Mereka berkomunikasi dengan pelbagai dialek dan nada yang berbeza...snang citer ..bahasa pasar lah...contohnya orang johor sering guna perkataan "gebo" ( selimut )..almari ( gerobok/gobok ) ..tak taulah melayu lain pon guna yg sama....tapi mereka bercakap secara santai dan tibai je ape2..smpi bermaki-maki..
Namun jangan pandang rendah orang begini semangat mereka lebih kental dan teguh banding orang yang bijak pandai yang hanya mempergunakan orang-orang begini ..dalam perang ...golongan ini lebih bertahan dari golongan yang bijak...
_______________________________________________________________________
Sebenarnya...
Kedua-dua golongan ini amat memerlukan sesama sendiri...dalam membina ukhwah..sebijak-bijak orang itu..adakah pengalamannya cukup...?? Sekuat-kuat orang itu ..adakah starteginya tepat ?? Kat sini memerlukan sokongan kedua-dua pihak...
Sebab itu dalam islam perlu ada persepakatan dan perpaduan Ummah walaupun apa bentuk pon..sebb Allah jadikn manusia dengan pelbagai kelebihan .Dan ada kekuranganya ....
Ingat ini adalah pendapat aku sahaja ...yang laen boleh lah komen di facebook atau kat sini pon bleh...
Assalamualaikum...










