Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 September 2011

Motivasi Menjana Impian

Motivasi dan sokongan sangat diperlukan oleh aku...Merenung semula nasib yang tak kemana .menyebabkan bertambah letih dan asyik nak berputus asa...Adakala hanya berserah jela pada Allah.
Namun , Semua itu telah di selaputi dan direpair oleh seorang yang berpengalaman dalam pelbagai sudut masalah .

En. Mahadzir Abd Rahman . Setiausaha Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini . Juga seorang lawyer kalau tak silap.Apa pun aku amat berterima kasih kepada beliau kerana telah berkongsi pengalaman serta nasihat dan dorongan untuk aku agar tidak mudah berputus asa . Memang banyak cerita dan situasi telah diceritakan oleh beliau.

Cerita yang kerap dikongsi adalah SENI.Lagipun beliau meminati seni . Sememang seni ini di setiap benda di dunia . Seni juga menjadi bahan psikologi dan motivasi . hermm..memang bakat yang diberikan Oleh Allah S.W.T kepada aku adalah anugerah yang boleh dikelaskan unlimited jugak. Bagi sahabat-sahabat aku yang meminati seni ...alhamdulillah..anugerah jugak tue..walapun ada segelintir yang minat tapi tak mahir dalam bidang itu .Minat dan Bakat memang kuncinya .

Terima Kasih Sekali Lagi . En . Mahadzir...

Insyallah aku akan berusaha mengasahkan bakat ini dan memperkembangkan ke setiap sudut bidang . Tak kira masakan , penulisan , apa sahaja..semua itu tetap berkaitan dengan seni . Memang Impian nak membuat Studio Seni dan juga Akademi Seni . Juga nak bukak Restoran   dan buka cawangan di setiap daerah dan negeri . Ada juga teringin nak buka Stationery ..

Apapun . Nak seribu daya Tak nak seribu dalih....

Wasalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan